18 Januari 2015- Setelah beberapa tahun berkhidmat, timer loceng di sekolah lama akhirnya tidak berfungsi dengan sempurna. Saya dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari Dungun ke Kemaman memakan masa satu setengah jam (memandu dengan berhemah). Sampai di sekolah pada pukul 9.00 pagi, sebelum memulakan tugas saya bertemu dengan Tuan Guru Besar untuk berbincang keadaan dan masalah pada peralatan tersebut dan cara penyelesaiannya. Teringat saya semesta ini pada modul Thinking Skill and Problem Solving yang baru diterima minggu lalu. Kemahiran sewaktu belajar di Politeknik Kuching,Sarawak, Politeknik Kulim, Kedah dan Akademik Binaan Malaysia dalam bidang elektrikal diadaptasi sewaktu bekerja. Walau bagaimanapun di OUM saya mengambil jurusan Teknologi Maklumat dan Pengurusan bersesuaian dengan kerjaya saya kini.
Timer di set semula mengikut jadual waktu persekolahan
Sebelah malamnya pula kami keluar menjamu selera
grill & steamboat di Kemaman.
Sedap sangat kot, mak mertua lalupun tak perasan.. hiks!
Nie lah saya..haha syok sendiri
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.