.

.
MINDA YANG MAHU.. MEMUDAHKAN PERJALANAN YANG SUKAR.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Ts. Azman bin Awang
Tarikh Lahir: 28.10.1983

Kelulusan Akademik:
>Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan, OUM Terengganu
>Diploma Kej. Elektrik, Politeknik Kedah
>Sijil Kej. Elektrik (Petroleum), Politeknik Kuching

Kecekapan Kemahiran:
>Sijil Building Wiring Installation, CIDB Terengganu

Maklumat Perkhidmatan:
>SK Kg. Baru 2021
>SMK Sultan Omar 2016
>SK Padang Pulut 2014
>SK Ibok 2009

Cara Pasang AdBlock di Google Chrome

Thursday, 31 December 2015

Bagi anda yang tidak begitu suka dengan paparan iklan di sebuah laman web / blog, anda boleh memblock dengan memasang AdBlock di pelayar yang anda gunakan. Iklan tersebut tidak akan muncul ketika blog / web tersebut di akses oleh anda. Dengan AdBlock ini, anda boleh menjimatkan kuota sewaktu menggunakan sambungan internet.
Iklan yang berasaskan JavaScript seperti iklan PPC Google AdSense, idblognetwork, Adsensecamp, Bidvertiser, tidak akan muncul selepas anda memasang aplikasi ini. Namun, untuk iklan banner dalam blog atau website masih boleh dipaparkan. 
Nah, yang akan saya jelaskan dalam kesempatan kali ini adalah pemasangan AdBlock di pelayar Google Chrome.



 1. Klik pada butang Customize and control Google Chrome


2. Pergi ke Setting

3. Pergi ke Extensions


4. Search : ADBLOCK



5.Install

*SELAMAT MENCUBA..

Cara Elak Facebook Kena Virus Video Lucah

Monday, 28 December 2015

Sekarang ini, semakin ramai pengguna facebook yang terkena dengan virus yang menyebarkan link video lucah di wall group dan rakan-rakan menggunakan profile facebook kita sendiri. Apabila hal tersebut berlaku, anda yang menganggap kita yang menyebarkan video-video tersebut. Padahal, kita tidak tahu menahu tentang penyebaran video-video tersebut. Ianya adalah satu virus. Bagi mengelakkan facebook anda daripada menyebarkan video-video tersebut, elakkan daripada klik link yang ada di post tersebut atau setting facebook anda seperti gambar dibawah.


..

1. Login Facebook anda



2. Pergi ke Privacy Setting.

3. Pergi ke Apps.

4. Pergi ke Apps, Websites and Plugins


5. Disabled Platform

Setting  >  Apps > Apps, Websites and Pluging >Disabled

Peperiksaan Akhir Mei 2015

Sunday, 26 July 2015



Raya 2015





Motivasi : Lelaki Tua Berjanggut

Tuesday, 30 June 2015

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"......


Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Taman Rekreasi Bukit Bauk

Sunday, 3 May 2015






Motivasi : Kisah Hidup Tun M Bakal Membuat Anda Berfikir Panjang

Tuesday, 28 April 2015

“Walaupun saya sudah bersara, saya masih dapat naik kapal terbang kerajaan. Tetapi (pesawat itu) tidaklah besar, kecil sahaja… tetapi masih boleh terbang,” seloroh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian kelebihan dan antara faedah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.

“Masa saya kecil, bapa saya cikgu sekolah.. Gajinya cuma 90 ringgit saja.. Jadi saya tidaklah ada harta warisan yang banyak. Masa tu, saya pi (pergi) beli mee mamak yang berharga 50 sen pun mamak tak mahu jual sebab saya cuma ada 20 sen sahaja. Bila jadi Perdana Menteri, gaji saya RM8000. Cuba bayangkan berapa banyak mee mamak yang boleh saya beli dengan RM8000?

 “Sewaktu saya sudah jadi Perdana Menteri, saya langsung tidak usik duit gaji kerana semuanya kerajaan sudah sediakan. Rumah, api, air dan sebagainya. Sehingga sekarang saya masih menikmati kemudahan yang diberikan,” katanya ketika bercakap di program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang keempat dan  memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 2003.

“Semasa saya masih perdana menteri, saya boleh terbang tanpa bayar sewa. Cuti pun saya dapat elaun. Saya guna semua itu sebab rakyat di negara ini bagi layanan yang cukup pada seorang perdana menteri.

“Apabila bersara, gaji saya mencecah sehingga RM20,000. Kita boleh fikir berapa banyak pinggan mee goreng saya boleh beli… Tidak perlulah nak tambah lagi. Cukuplah setakat itu. Kalau saya nak tambah pun sudah tidak boleh,” katanya


- See more at: http://www.sportmusang.com/2015/04/kisah-hidup-tun-m-bakal-membuat anda. 

Mesyuarat Dan Bengkel Editing Video Daerah Dungun

Tuesday, 21 April 2015





Baucar Buku 1Malaysia 2015

Saturday, 18 April 2015


Alhamdullilah tahun ini dapat juga Baucar Buku 1 Malaysia. Pusing punya pusing akhirnya terjumpa dengan buku Teknik Wireless Hacking dan Cara Pembendung buku ini menerangkan cara-cara seseorang boleh mengeksploitasi kelemahan yang ada pada rangkaian wireless dan juga diselit tips keselamatan supaya tidak menjadi mangsa dari perbuatan wireless hacking. Buku kedua Panduan Pemula Adobe InDesign sesuai yang baru hendak belajar tentang teknik membuat layout secara lengkap. Buku ketiga Pengetahuan Wajib Setiap Muslim untuk memperkukuhkan asas pengetahuan Islam yang wajib untuk setiap muslim mempelajari. Buku keempat terjemahan Al-Quran dalam bahasa melayu beserta Hadis pilihan.

Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikannya dipraktikakkan manakala keburukan ditinggalkan. Jadi sama-sama kita menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia sebaik mungkin agar kebaikannya dapat memberi manfaat. Diharap usaha murni ini akan diteruskan pada masa hadapan.






Peperiksaan Akhir Sem 2

Friday, 3 April 2015


Inspirasi



Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015

Wednesday, 25 March 2015

Pelepasan Kerja.

Monday, 19 January 2015

18 Januari 2015- Setelah beberapa tahun berkhidmat, timer loceng di sekolah lama akhirnya tidak berfungsi dengan sempurna. Saya dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari Dungun ke Kemaman memakan masa satu setengah jam (memandu dengan berhemah). Sampai di sekolah pada pukul 9.00 pagi, sebelum memulakan tugas saya bertemu dengan  Tuan Guru Besar  untuk berbincang keadaan dan masalah pada peralatan tersebut dan cara penyelesaiannya. Teringat saya semesta ini pada modul Thinking Skill and Problem Solving yang baru diterima minggu lalu. Kemahiran sewaktu belajar di Politeknik Kuching,Sarawak, Politeknik Kulim, Kedah dan Akademik Binaan Malaysia dalam bidang elektrikal diadaptasi sewaktu bekerja. Walau bagaimanapun di OUM saya mengambil jurusan Teknologi Maklumat dan Pengurusan bersesuaian dengan kerjaya saya kini. 
Timer di set semula mengikut jadual waktu persekolahan
Sebelah malamnya pula kami keluar menjamu selera
grill & steamboat di Kemaman.
Sedap sangat kot, mak mertua lalupun tak perasan.. hiks!
Nie lah saya..haha syok sendiri

Modul Semester Ini..

Saturday, 10 January 2015


Subjek Semester 2 :
1. SBFS 1103 - Thinking Skill and Problem Solving
2. CBCP 2101 - Computer Programming 1
3. CBCT 2203 - Basic Concepts of Information Technology

Permohonan Mengikuti Kursus Pengajian Jarak Jauh / Sambilan


Syukur Alhamdulilah... Surat bertarikh 10 Disember 2014, memaklumkan proses Permohonan Mengikuti Pengajian Jarak Jauh telah dipanjang ke Kementerian Pendidikan Malaysia.


Tarikh Pendaftaran / Pengambilan Modul Semester Januari 2015 (10/1/2015)

Wednesday, 7 January 2015

Title : Tarikh Pendaftaran / Pengambilan Modul Semester Januari 2015 (10/1/2015)
Date : 5th January 2015
Attachment : No file

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan tarikh pendaftaran semester januari 2015 adalah seperti berikut:

Tarikh : 10/1/2015 (Sabtu)
Masa : 8.30am - 4.30pm
Tempat : Lobby Aras Bawah, OUM Terengganu

Dokumen yang perlu dibawa :
  • Course Registration (UKR 03)
  • Slip bayaran (jika sudah membuat bayaran)

Bonus Kakitangan Kerajaan Dan Bantuan Khas Pesara Dibayar Pada 15 Januari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut sumber yang diterima, adalah ini dimaklumkan bahawa bonus kakitangan kerajaan dan bantuan khas pesara akan diberikan pada 15 Januari 2015 ini. Dengan ini, adalah diharapkan para kakitangan dan pesara kerajaan dapat bersabar sehingga tibanya tarikh pembayaran tersebut, memandangkan ia telah ditunda dari 5 Januari dan menghampakan ramai pihak. 

p/s: Muka ada manyak senyummm..

 

Jangan Lupa Like

Terbaikk..bohh

Terbaikk..bohh