JURNAL AKTIVITI
1
Apa yang kita inginkan? Kenapa kita ingin belajar?
Untuk apa kita belajar? Inilah soalan yang telah saya bertanya kepada diri
sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Pada mulanya saya mencari permohonan kemasukan ke
universiti di dalam talian dan memohon untuk mengikut program pendidikan di
beberapa pusat pengajian. Setelah sebulan menunggu, saya telah ditawar untuk mengikuti pengajian di UTM Space dalam
Ijazah Sarjana Muda Elektrik. Pusat pengajian yang ditawarkan di Kuala Lumpur,
sedangkan saya menetap di Dungun, Terengganu. Disebabkan jarak yang jauh saya
berpendapat, sedikit sebanyak memberi kesan kepada peningkatan kos perbelanjaan
sewaktu mengikuti program tersebut. Jadi terpaksalah saya menolak permohonan
untuk mengikuti program yang ditawarkan.
Oleh itu, saya mencari-cari permohonan kemasukan
universiti yang mampu memberi fleksibiliti. Saya sedar bahawa didunia ini kita
mampu untuk mendapat segalanya. Jadi pilihan utama saya pada waktu itu adalah
fleksibiliti. Setelah saya membuat penilaian dan pemerhatian, saya mendapati
bahawa OUM memenuhi segala kehendak saya. Untuk semester pertama, saya hanya
boleh mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pihak universiti . Namun bagi
semester seterusnya, saya boleh memilih untuk menghadiri kelas mengikut waktu
atau kesesuaian masa saya. Di OUM terdapat
tiga semester pengambilan kemasukan ke universiti setiap tahun iaitu
bulan Januari , Mei dan September. Yuran pengajian dibayar bagi setiap
semester. Yuran boleh dibayar secara ansuran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tenaga
pengajar (tutor) di OUM sembilan puluh peratus adalah separuh masa dan mereka datang
dari pelbagai institusi dan latar belakang yang berbeza. Setiap subjek yang
diambil diberi satu tugasan yang perlu disiapkan oleh saya dan terdapat peperiksaan
akhir semesta. Inilah gambaran awal yang saya dapati melalui media cetak dan media
elektronik mengenai proses pengajian di universiti.
Akhir sekali, pada saya, semuanya terletak kepada
diri kita sendiri. Jika kita berkelulusan dari luar negara sekali pun,
sekiranya kita tidak mempunyai semangat untuk berkerja dan memajukan diri kita sendiri,
kelulusan itu akan menjadi tidak berguna. Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri dan
bukannya dari universiti mana yang kita belajar. Semua universiti mempunyai kelebihan
dan kekurangan, pelajar harus memilih kesesuaian setiap kehendak dan keperluan
masing-masing.
JURNAL
AKTIVITI 2
Tidak kira apa pun rintangan dan cabaran yang
ditempuh, jika niat dan hati ingin melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu
pengetahuan, ia dapat ditempuhi jua. Bak kata pepatah “hendak seribu daya tidak
hendak seribu dalih” dan “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Sebagai
rakyat Malaysia kita seharusnya mendukung hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju.
Bagi mencapai hasrat itu, rakyat Malaysia haruslah sentiasa memajukan diri dan
menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan peluang ini seharusnya diambil oleh saya.
Ini unkapan
yang sering bermain di sudut fikiran setiap kali memikirkan “apa yang diharapkan
dalam kehidupan aku lima tahun mendatang”. Perlukah kita percaya pada kata-kata
" seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sedangkan kita diberi ruang dan
peluang untuk berusaha. Tanggal 28 Ogos 2014 saya memberanikan diri mencuba
sekali lagi untuk memohon kemasukan ke universiti. Kali ini, Universiti Terbuka
Malaysia menjadi pilihan disebabkan proses pengambilan yang fleksibel dan
kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kerjaya saya. Kursus yang ditawarkan
iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan dengan kepujian.
Selang beberapa hari setelah mengisi borang permohonan kemasukan, satu surat
telah dihantar oleh pihak OUM ke rumah untuk memaklumkan permohonan kemasukan
saya ke universiti tersebut telah berjaya dan mengkehendaki saya datang
mendaftar di Pusat Pengajian Terengganu pada 6 September 2014.
Seperti tarikh dan masa yang tertera dalam surat
tawaran, saya bersama keluarga datang ke Pusat Pembelajaran Kuala Terengganu pada
pukul 8.00 pagi. Disana saya ditemukan dengan En. Hanafi Mamat, Timbalan Pengarah
yang datang untuk membantu. Kebetulan pada hari tersebut pihak Bank
Islam datang untuk memudahkan pelajar
senior membuat bayaran yuran semesta akan datang, saya turut membuat pembayaran
yuran pada hari tersebut. Maka dengan rasminya bermula hari tersebut saya
bergelar pelajar.
Pada 27 September 2014, Bengkel Kemahiran Belajar
untuk pelajar-pelajar baharu semester September 2014 telah berlangsung.
Penyertaan amat menggalakkan hampir 30 orang telah hadir mengikutinya. Program dimulakan dengan ucapan Haji Mohamad Umbaik bin
Ismail, Pengarah OUM Terengganu. Selanjutnya, para pelajar baru
didedahkan dengan modul “Persekitaran Pembelajaran di OUM”, “myVLE &
Sokongan Pembelajaran di OUM” dan “MyVLE Untuk Subjek Fully Online”. Sesi berkenaan telah dikendalikan bersama Encik Mohd Hanafi bin Mamat.
Dalam ucapan Tuan Pengarah saya turut
diperingatkan persediaan mental yang perlu dihadapi dari segi masa,
tanggungjawab, kewangan dan sebagainya. Menjadi pelajar program jarak jauh persediaan yang rapi perlu
dipersiapkan. Individu yang ingin menjadi pelajar perlu bijak mengurus masa. Ini kerana saya, telah
mempunyai kerjaya, jadi saya perlu membahagikan masa antara kerjaya dan
pengajian.
JURNAL
AKTIVITI 3
Kelas pertama (tutorial 1) bermula pada
11.10.2014, perasaan saya ketika itu sangat gembira, ini merupakan kelas yang
dihadiri setelah lima tahun meninggalkan alam pengajian di Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah dahulu. Suasana dan keadaan susun atur ruang biliknya tiadak
jauh beza dengan Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pernah saya hadiri. Saya
berasa suatu keunikan apabila berada di dalam kelas tersebut. Pelajar-pelajarnya berbilang
bangsa dan pelbagai peringkat umur. Ada yang terlalu muda ada pula seusia ibu
bapa mereka. Bagai satu perjumpaan
keluarga, berkumpul dengan satu matlamat yang jelas. Inilah keunikan
yang dapat dirasai sebagai pelajar di
OUM Terengganu. Kelas bermula pukul 8.00 pagi, subjek OUMH 1303 English For
Oral Communication. Kelas dikendalikan oleh En. Ahmad bin Othman, tutor subjek
berkenaan. Pada awalnya saya berasa
tertekan dengan suasana pembelajaran, ini kerana kefahaman tentang subjek
tersebut terlalu kabur dan pembelajaran
dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Keadaan saya menjadi tak tentu arah apabila
saya tidak dapat menjawab pertanyaan yang diberikan oleh tutor. Dalam fikiran saya, jika saya
salah menjawab soalan yang diajukan,
saya akan diketawakan oleh pelajar-pelajar lain. Akhirnya tutor memberi
penerangan yang lebih lanjut dan diperjelaskan lagi pembelajaran pada hari itu.
Kelas OUMH1303 berakhir pada pukul 10.15
pagi dan diikuti dengan Kelas Learning Skill For Open And Distance Learners OUMH1103,
tutor subjek berkenaan ialah Pn. Norkhairani bt. Abdul Rawi. Disebabkan Pn.
Norkhairani tidak dapat hadir ke kelas
pada hari tersebut, tutor diganti dengan En. Hanafi bin Mamat. Kelas seterusnya
subjek Pengurusan BBPP1103, dikendalikan
oleh Dr. Azwadi bin Ali. Perancangan hari itu berjalan dengan lancar, walaupun
dalam keletihan, saya berasa puas hati dan gembira dengan apa yang dilakukan.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.