.

.
MINDA YANG MAHU.. MEMUDAHKAN PERJALANAN YANG SUKAR.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Ts. Azman bin Awang
Tarikh Lahir: 28.10.1983

Kelulusan Akademik:
>Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan, OUM Terengganu
>Diploma Kej. Elektrik, Politeknik Kedah
>Sijil Kej. Elektrik (Petroleum), Politeknik Kuching

Kecekapan Kemahiran:
>Sijil Building Wiring Installation, CIDB Terengganu

Maklumat Perkhidmatan:
>SK Kg. Baru 2021
>SMK Sultan Omar 2016
>SK Padang Pulut 2014
>SK Ibok 2009

Merdeka x3.. Dah habis exam..

Monday 29 December 2014


Alhamdulillah. dapat juga menduduki exam baru-baru ini walaupun dalam suasana musim banjir dan hujan lebat. Keputusan tugasan dan oral communication kelas En. Ahmad agak memuaskan sekarang hanya tunggu keputusan exam. Apa yang dapat katakan, semester ini memang banyak dugaan dan cabaran, apa tidak nya nak fikirkan kerja, belajar dan segala-galanya. Kepada mereka yang sentiasa menyokong dan selalu membantu diucapakan terima kasih. Next Sem aku datanggg.. (semangat berkobar-kobar)
p/s: Lepas nie pergi tengok wayang, karaoke dan makan banyak popcorn hehe.

Beberapa Hari Sebelum Exam

Thursday 11 December 2014


Dari sebulan, tiba ke seminggu, masa sudah semakin hampir. 15 haribulan akan tiba peperiksaan akhir bagi semesta ini. Peperiksan pertama subjek Prinsip Pengurusan, apa yang dibaca semuanya susah untuk diingat. Dari peta minda hingga ke peta alir semuanya tidak menjadi. Untuk lepaskan tekanan kami sekeluarga beriadah di Pantai Seberang. Udara nyaman deruan ombak yang menghempas pantai, rasa hilang sebentar masalah yang melanda. Harap peperiksaan nanti dapat disempurnakan dengan baik bagai aliran air laut yang tidak putus-putus.

Motivasi Belajar...

Wednesday 10 December 2014


7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…

Tuesday 9 December 2014


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya alat tulis. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian.

Jurnal Relektif Saya

Tuesday 2 December 2014

   JURNAL AKTIVITI 1

Apa yang kita inginkan? Kenapa kita ingin belajar? Untuk apa kita belajar? Inilah soalan yang telah saya bertanya kepada diri sendiri untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada mulanya saya mencari permohonan kemasukan ke universiti di dalam talian dan memohon untuk mengikut program pendidikan di beberapa pusat pengajian. Setelah sebulan menunggu, saya telah ditawar  untuk mengikuti pengajian di UTM Space dalam Ijazah Sarjana Muda Elektrik. Pusat pengajian yang ditawarkan di Kuala Lumpur, sedangkan saya menetap di Dungun, Terengganu. Disebabkan jarak yang jauh saya berpendapat, sedikit sebanyak memberi kesan kepada peningkatan kos perbelanjaan sewaktu mengikuti program tersebut. Jadi terpaksalah saya menolak permohonan untuk mengikuti program yang ditawarkan.

Oleh itu, saya mencari-cari permohonan kemasukan universiti yang mampu memberi fleksibiliti. Saya sedar bahawa didunia ini kita mampu untuk mendapat segalanya. Jadi pilihan utama saya pada waktu itu adalah fleksibiliti. Setelah saya membuat penilaian dan pemerhatian, saya mendapati bahawa OUM memenuhi segala kehendak saya. Untuk semester pertama, saya hanya boleh mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pihak universiti . Namun bagi semester seterusnya, saya boleh memilih untuk menghadiri kelas mengikut waktu atau kesesuaian masa saya. Di OUM terdapat  tiga semester pengambilan kemasukan ke universiti setiap tahun iaitu bulan Januari , Mei dan September. Yuran pengajian dibayar bagi setiap semester. Yuran boleh dibayar secara ansuran mengikut  syarat-syarat yang ditetapkan. Tenaga pengajar (tutor) di OUM sembilan puluh  peratus adalah separuh masa dan mereka datang dari pelbagai institusi dan latar belakang yang berbeza. Setiap subjek yang diambil diberi satu tugasan yang perlu disiapkan oleh saya dan terdapat peperiksaan akhir semesta. Inilah gambaran awal yang saya dapati melalui media cetak dan media elektronik mengenai proses pengajian di universiti.

Akhir sekali, pada saya, semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Jika kita berkelulusan dari luar negara sekali pun, sekiranya kita tidak mempunyai semangat untuk berkerja dan memajukan diri kita sendiri, kelulusan itu akan menjadi tidak berguna. Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri dan bukannya dari universiti mana yang kita belajar. Semua universiti mempunyai kelebihan dan kekurangan, pelajar harus memilih kesesuaian setiap kehendak dan keperluan masing-masing.

  JURNAL AKTIVITI 2

Tidak kira apa pun rintangan dan cabaran yang ditempuh, jika niat dan hati ingin melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu pengetahuan, ia dapat ditempuhi jua. Bak kata pepatah “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih” dan “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mendukung hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju. Bagi mencapai hasrat itu, rakyat Malaysia haruslah sentiasa memajukan diri dan menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang ini seharusnya diambil oleh saya.

Ini unkapan yang sering bermain di sudut fikiran setiap kali memikirkan “apa yang diharapkan dalam kehidupan aku lima tahun mendatang”. Perlukah kita percaya pada kata-kata " seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sedangkan kita diberi ruang dan peluang untuk berusaha. Tanggal 28 Ogos 2014 saya memberanikan diri mencuba sekali lagi untuk memohon kemasukan ke universiti. Kali ini, Universiti Terbuka Malaysia menjadi pilihan disebabkan proses pengambilan yang fleksibel dan kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kerjaya saya. Kursus yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan dengan kepujian. Selang beberapa hari setelah mengisi borang permohonan kemasukan, satu surat telah dihantar oleh pihak OUM ke rumah untuk memaklumkan permohonan kemasukan saya ke universiti tersebut telah berjaya dan mengkehendaki saya datang mendaftar di Pusat Pengajian Terengganu pada 6 September 2014.

Seperti tarikh dan masa yang tertera dalam surat tawaran, saya bersama keluarga datang ke Pusat Pembelajaran Kuala Terengganu pada pukul 8.00 pagi. Disana saya ditemukan dengan En. Hanafi Mamat, Timbalan Pengarah  yang datang untuk membantu. Kebetulan pada hari tersebut pihak Bank Islam datang untuk memudahkan  pelajar senior membuat bayaran yuran semesta akan datang, saya turut membuat pembayaran yuran pada hari tersebut. Maka dengan rasminya bermula hari tersebut saya bergelar pelajar.

Pada 27 September 2014, Bengkel Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar baharu semester September 2014 telah berlangsung. Penyertaan amat menggalakkan hampir 30 orang telah hadir mengikutinya. Program dimulakan dengan ucapan Haji Mohamad Umbaik bin Ismail, Pengarah OUM Terengganu. Selanjutnya, para pelajar baru didedahkan dengan modul “Persekitaran Pembelajaran di OUM”, “myVLE & Sokongan Pembelajaran di OUM” dan “MyVLE Untuk Subjek Fully Online”. Sesi  berkenaan telah dikendalikan bersama Encik Mohd Hanafi bin Mamat.

Dalam ucapan Tuan Pengarah saya turut diperingatkan persediaan mental yang perlu dihadapi dari segi masa, tanggungjawab, kewangan dan sebagainya. Menjadi pelajar  program jarak jauh persediaan yang rapi perlu dipersiapkan. Individu yang ingin menjadi pelajar  perlu bijak mengurus masa. Ini kerana saya, telah mempunyai kerjaya, jadi saya perlu membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian.

JURNAL AKTIVITI 3
           
Kelas pertama (tutorial 1) bermula pada 11.10.2014, perasaan saya ketika itu sangat gembira, ini merupakan kelas yang dihadiri setelah lima tahun meninggalkan alam pengajian di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dahulu. Suasana dan keadaan susun atur ruang biliknya tiadak jauh beza dengan Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pernah saya hadiri. Saya berasa suatu keunikan apabila berada di dalam  kelas tersebut. Pelajar-pelajarnya berbilang bangsa dan pelbagai peringkat umur. Ada yang terlalu muda ada pula seusia ibu bapa mereka. Bagai satu perjumpaan  keluarga, berkumpul dengan satu matlamat yang jelas. Inilah keunikan yang dapat dirasai  sebagai pelajar di OUM Terengganu. Kelas bermula pukul 8.00 pagi, subjek OUMH 1303 English For Oral Communication. Kelas dikendalikan oleh En. Ahmad bin Othman, tutor subjek berkenaan.  Pada awalnya saya berasa tertekan dengan suasana pembelajaran, ini kerana kefahaman tentang subjek tersebut  terlalu kabur dan pembelajaran dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Keadaan saya menjadi tak tentu arah apabila saya tidak dapat menjawab pertanyaan yang diberikan  oleh  tutor. Dalam fikiran saya, jika saya salah  menjawab soalan yang diajukan, saya akan diketawakan oleh pelajar-pelajar lain. Akhirnya tutor memberi penerangan yang lebih lanjut dan diperjelaskan lagi pembelajaran pada hari itu. Kelas OUMH1303 berakhir pada  pukul 10.15 pagi dan diikuti dengan Kelas Learning Skill For Open And Distance Learners OUMH1103, tutor subjek berkenaan ialah Pn. Norkhairani bt. Abdul Rawi. Disebabkan Pn. Norkhairani  tidak dapat hadir ke kelas pada hari tersebut, tutor diganti dengan En. Hanafi bin Mamat. Kelas seterusnya subjek Pengurusan  BBPP1103, dikendalikan oleh Dr. Azwadi bin Ali. Perancangan hari itu berjalan dengan lancar, walaupun dalam keletihan, saya berasa puas hati dan gembira dengan apa yang dilakukan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Sesi Teh Tarik Bersama Pengarah OUM Terengganu

Monday 1 December 2014

Sesi Sembang teh tarik bersama pelajar baru ambilan september 2014,
pekena luu seround....





Hacking Dewan Eja Pro!

Saturday 29 November 2014

Hacking Dewan Eja Pro!
Salam, nie aku mahu bagitahu berita baik kepada semua!!! yang pasti (aku rasa le) pelajar universiti paling seronok+best+gilerz dengan berita yang baru nie... ha,ha,ha!. ok le, tanpa banyak beleter baca tutorial dekat bawah itu. eh kejap, mahu tahu x aku mahu bagitahu apa? nie aku nak bagitahu kalau dewan eja pro kalian(kalau ade le) sudah tamat tempoh, ataupun dengan bahasa lainnya trial version dia sudah tamat, ikut cara yang diajarkan dibawah.
Kalau nak download Dewan Eja Pro,pergi dekat link nie www.tntsb.com. Ingat, nie untuk dewan eja pro yang telah tamat tempoh 60 Hari. Tutorial dibawah ini akan menyebabkan dewan eja pro kalian di-reset-kan kepada 59 hari balik. Jadi, korang semua kena buat tutorial dekat bawah nie 59 hari sekali untuk menikmati Dewan Eja Pro yang percuma...!!! Kalau korang sume nak tahu, harga original dia adalah RM350. Mahal gile! OK le, baca dan buat praktikal!!!
Step1 (nie kalau korang x install lagi dewan eja pro) Kalau sudah install baca terus step 2

1. http://www.tntsb.com/index.php?q=DownloadTrialSoftware
2. Masukkan alamat emel, dan ikut arahan dalam tu.
3. Download dan install. Ingat! jangan sesekali cuba untuk tukar tempat asal anda install!!

Step 2 (nie untuk reset pembilang hari yang korang telah guna)

1. Download fail ni http://cid-6f213d700c327a30.skydrive.live.com/self.aspx/Ftz/winbdtok.dat dan replacekan dengan yang ada. Kat mana? kat (c:\Windows)
2. Download fail ni http://cid-6f213d700c327a30.skydrive.live.com/self.aspx/Ftz/Pendaftar.exe dan letak dekat (C:\Program Files\The Name Technology\Dewan Eja Pro) . Letak kat situ. Lepas paste dekat situ, buka fail tu. Panel Kawalan dewan Eja pro akan dibuka kelihatan selepas anda menekan Pendaftar.exe .
3. Klik pada butang daftar yang disediakan. (tengok gambar yang diberi)

4. Masukkan maklumat yang diminta
5. Tukar no siri yang sedia ada menjadi : EJA99999985
6. Klik pada butang yang bulat kat bawah no siri tu.
7. Tukar L menjadi R.
8. Tekan next dan finish!
9. Restart dewan eja pro anda
10. Korang semua akan mendapati tempoh tamat dewan eja pro kalian menjadi 59 hari balik. Jadi kalian boleh le guna balik dewan eja pro tu selama 59 hari. Jadi bila tempoh nie habis, ulang tutorial nie. Dia akan jadi 59 hari balik. Klah. Ape- ape hal (www.blog.extrablack.net) lebih baik korang semua beli yang original. Tapi kalau x mahu, buat yang macam aku ajar dekat atas tu...

Semoga Berjaya!!!

(daripada http://www.webmixed.blogspot.com)

Kelas Tutorial 1

Sunday 9 November 2014



Huuhh.. letih sungguh ari nie..ramai jugak yang hadir ke kelas, teringat zaman di politeknik dulu-dulu. Cuma suasana sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan peringkat umur pelajar. Ada yang muda ada jugak yang kurang muda..haha. Semua kelihatan lebih bersemangat al-maklumlah kelas berbayar. Jadual kelas memang padat macam tin ikan sadin tapi cara pembelajaran amat seronok dan santai. Ade yang tergagap-gagap dalam kelas oral comunicatin apabila di ajukan soalan, dalam hati dup dap dup dap kalu ditanya soalan apa patut dijawap..nasib baik hari nie terlepas next tutorial jangan harap..
 

Jangan Lupa Like

Terbaikk..bohh

Terbaikk..bohh