.

.
MINDA YANG MAHU.. MEMUDAHKAN PERJALANAN YANG SUKAR.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Ts. Azman bin Awang
Tarikh Lahir: 28.10.1983

Kelulusan Akademik:
>Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan, OUM Terengganu
>Diploma Kej. Elektrik, Politeknik Kedah
>Sijil Kej. Elektrik (Petroleum), Politeknik Kuching

Kecekapan Kemahiran:
>Sijil Building Wiring Installation, CIDB Terengganu

Maklumat Perkhidmatan:
>SK Kg. Baru 2021
>SMK Sultan Omar 2016
>SK Padang Pulut 2014
>SK Ibok 2009

Motivasi : Kisah Hidup Tun M Bakal Membuat Anda Berfikir Panjang

Tuesday 28 April 2015

“Walaupun saya sudah bersara, saya masih dapat naik kapal terbang kerajaan. Tetapi (pesawat itu) tidaklah besar, kecil sahaja… tetapi masih boleh terbang,” seloroh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian kelebihan dan antara faedah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.

“Masa saya kecil, bapa saya cikgu sekolah.. Gajinya cuma 90 ringgit saja.. Jadi saya tidaklah ada harta warisan yang banyak. Masa tu, saya pi (pergi) beli mee mamak yang berharga 50 sen pun mamak tak mahu jual sebab saya cuma ada 20 sen sahaja. Bila jadi Perdana Menteri, gaji saya RM8000. Cuba bayangkan berapa banyak mee mamak yang boleh saya beli dengan RM8000?

 “Sewaktu saya sudah jadi Perdana Menteri, saya langsung tidak usik duit gaji kerana semuanya kerajaan sudah sediakan. Rumah, api, air dan sebagainya. Sehingga sekarang saya masih menikmati kemudahan yang diberikan,” katanya ketika bercakap di program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang keempat dan  memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 2003.

“Semasa saya masih perdana menteri, saya boleh terbang tanpa bayar sewa. Cuti pun saya dapat elaun. Saya guna semua itu sebab rakyat di negara ini bagi layanan yang cukup pada seorang perdana menteri.

“Apabila bersara, gaji saya mencecah sehingga RM20,000. Kita boleh fikir berapa banyak pinggan mee goreng saya boleh beli… Tidak perlulah nak tambah lagi. Cukuplah setakat itu. Kalau saya nak tambah pun sudah tidak boleh,” katanya


- See more at: http://www.sportmusang.com/2015/04/kisah-hidup-tun-m-bakal-membuat anda. 

Mesyuarat Dan Bengkel Editing Video Daerah Dungun

Tuesday 21 April 2015





Baucar Buku 1Malaysia 2015

Saturday 18 April 2015


Alhamdullilah tahun ini dapat juga Baucar Buku 1 Malaysia. Pusing punya pusing akhirnya terjumpa dengan buku Teknik Wireless Hacking dan Cara Pembendung buku ini menerangkan cara-cara seseorang boleh mengeksploitasi kelemahan yang ada pada rangkaian wireless dan juga diselit tips keselamatan supaya tidak menjadi mangsa dari perbuatan wireless hacking. Buku kedua Panduan Pemula Adobe InDesign sesuai yang baru hendak belajar tentang teknik membuat layout secara lengkap. Buku ketiga Pengetahuan Wajib Setiap Muslim untuk memperkukuhkan asas pengetahuan Islam yang wajib untuk setiap muslim mempelajari. Buku keempat terjemahan Al-Quran dalam bahasa melayu beserta Hadis pilihan.

Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikannya dipraktikakkan manakala keburukan ditinggalkan. Jadi sama-sama kita menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia sebaik mungkin agar kebaikannya dapat memberi manfaat. Diharap usaha murni ini akan diteruskan pada masa hadapan.






Peperiksaan Akhir Sem 2

Friday 3 April 2015


Inspirasi



 

Jangan Lupa Like

Terbaikk..bohh

Terbaikk..bohh